Our Story (7) Thailand (4) General (3) Aircond kancil (2) petua (2) tutorial blog (2) Air Laici (1) Ais Batu Cendol (1) Alergik kacang (1) Artis (1) Berhati2 dijalan raya (1) Bio Cleanz Multi Purpose Spray (1) Car perfume (1) Dinner 2011 (1) Expired (1) Gula kapas (1) Hello Kitty Road Tax Stickers (1) Hukum Pakai Placenta biri2 (1) Jeruk Kelubi (1) Kenangan (1) Kerja (1) Keyboard skin (1) Krisis Minyak Masak (1) Langkawi (1) Mandi manda di pantai (1) OKU (1) Octard Cover Foundation (1) Perangkap lalat (1) Pisang kaki (1) Purifying Cleansing Gel SHAKLEE (1) Resepi donut (1) Resepi mee sup (1) Semerbak (1) Sendayu Tinggi (1) Spek (1) Sumai Suite Hotel (1) Vacuum mini USB (1) air (1) asam boi (1) avalon japanese fish collagen (1) bawang putih (1) belajar sulam (1) bertani (1) bika ambon (1) brownies bakar (1) buah stor (1) calar (1) cantik ciptaan NYA (1) cooler pad (1) cucuk tanam (1) didik (1) fridge magnet (1) give away (1) halia (1) handbag hook (1) hasil seni mengait (1) hi goat (1) jalan raya (1) kaca mata (1) kalsium (1) kerbau (1) key chain (1) kolar baju (1) kolestrol (1) kuih pu kapur (1) kuih sagu (1) larangan merokok (1) luar rumah (1) magic blender (1) makan angin (1) mesin sulam brother (1) norefal (1) outdoor filter (1) penapis air (1) pendant swarovski (1) punch aid (1) punch maker (1) rambutan (1) resepi (1) rojak buah (1) rojak ikan (1) rojak timun (1) sambal terung (1) sampah (1) sarung lengan (1) scrabble (1) self cover button maker (1) shaklee (1) stongan (1) sulaman (1) tanam (1) tapis (1) tapisan (1) tilam kekabu (1) tips (1) ubat batuk alternatif (1) udang galah (1) umpan anai2 (1) water (1)

Wednesday, March 23, 2011

KaKi Ku Masih TeRasa SakitNya

Dari dulu aku kalau turun dari katil mesti jatuh terpeleok..tak sebab terpijak something or kebas2...
Bila ingat penangan ni hanya AllView Blogah saja yang tahu betapa sakitnya...


Bila diingat-ingatkan balik rupanya banyak kali kaki aku cedera mujur tak teruk....

1st sekali kejadian kene paku karat 

Korang pernah kene paku tak...kes teruk ni terjadi ms aku sek rendah tak igt darjah berapa...masa tu aku p kedai cina ms tu dia robohkan kedai papan dia  untuk gantikan ngn dinding batu+simen .Actually aku ni masa kecik memang nakal....masa aku kene paku tu teruk jugak lukanya, seingat aku la,masa p kedai tu aku pakai selipar jepun besar yang nipis..Dulu masa kecik maner tahu luka2 camni kene cucuk rupanya paku berkarat lagi bahaya boleh kene jangkitan kuman n kancing gigi. Mujur Ayah ku (kini dah arwah) ambik keputusan utk hantar ke klinik dengan segera untuk tindakan oleh orang2 di klinik tu.Lepas je diorang cuci dan balut luka rupanya ada sesi cucuk plak..
Aku ni plak takut kene cucuk maklumlah budak2 dah ditakut2kan psl kene cucuk jarum tu besar la ini la..
Korang agak2 yang maner satu ekspresi muka aku hehehe ..rasanya aku tak pernah menangis melalak sebab kene cucuk...

Nak dijadikan citer masa HA tu nak cucuk aku, ayah aku dh siap pegang aku dah ni & cam dah tahu aku kene  cucuk kat maner kan...bila aku tanye kata nk cucuk kat bo#$o%..pastu HA tanye ke nk cucuk kat bahu...aku pn fikir kalau kat bahu mesti aku akan nmpk jarum kan..so aku pn kata tukar2 xnk kat bahu..pastu ms nk cucuk situ aku ckp kat bahu plak...kejap sini kejap situ sudahnya kene cucuk kat bo#$o% diringi jeritan aku di klinik tu...bila diingatkan mmg kelakar la....


Kisah kedua masa sekolah2 dulu suka sgt naik beskal. Ni kisah masa sekolah rendah dlm darjah 3...masa tu adalah jalan kat pantai belum diturap n masih berbatu ..kayuh punyer kayuh besalah budak2 tgh syok tapi bila nak brek ALAMAK tayar still jalan... sudahnya guna kaki utk brek..apa lagi luka la tapak kaki tu..igt tapak kaki sama cam tapak kasut ke cik ana.Abis melecet kaki aku waktu tu.Lumur ubat jela...

Kisah ketiga tahun 1998, jatuh drp katil gara2 tak sedar kaki kebas..biasalah bangun dr tido nk pegi toilet bila kaki pijak lantai je terus jatuh ntah pukul berapa ms tu tapi yg pasti awal pagi..sudahnya mintak tolong roommate papah p toilet.. setakat hencot2 kira xde masalah nk p kelas n ignore je lah. Lama2 makin sakit rupanya makin bengkak & lebam ..hujung minggu ambik keputusan balik kg utk berurut...Aku ingat cam bestla berurut ni rupanya takkk sakit oooiii smpi nk terkencing. Iye la mak cik yg urut tu cakap dah masuk angin itu yang lebam dan bengkak buku lali tu...

Kisah ke 4 kalau tak silap ingatan aku tahun 2001,  kaki aku lebam gara2 eksiden malam raya haji. Keta je yang teruk orang x cedera pun... Cuma yg musykilnyer camaner  kaki aku boleh lebam sedangkan anggota lain x cedera..doktor andaikan aku menekan kaki aku sekuat hati masa eksiden tu...Bila x-ray dibuat Alhamdulillah xder apa2 pun. Tp tragedi ni membuatkan aku  trauma beberapa tahun...Taruma sehingga member yang tgh drive pun jadi takut yelah sebab aku duk gelisah & menjerit...

Kisah ke 5,Tahun 2009 sejak dah beli kereta aku dh jarang naik 1st transport aku iaitu motorsikal...hari tu nak dijadikan citer nak p ambik baju kat tukang jahit, nk jgk rs penangan naik motor lama dah tak naik..Ala rumah dekat je takkan nak naik keta mcm melampau je...Bila pegi umah akak yg jahit baju tu, dia xde plak kat umah...aku pun balikla dgn perasaan hampa... Terus pusing balik ke rumah..masa masuk ke garaj sambil2 tu tekan brek kaki tp motor still jalan (mana tak jalan kalau smbil tekan brek sambil pulas handle minyak) akhirnya tanpa sedar aku tahan guna kaki aku yg hanya beralaskan selipar jepun yg comey tu utk stopkan motor. APALAGI bergesek la kaki+simen sampai la motor tu bhnti+mati apb langgar pasu mak aku sampai pecah.Nasib baik mak tak marah..

Alamak rupanya2nya darah keluar banyak pulak tu membuak2...apa lagi menjerit panggil je sape2 yang ada atas rumah...Boleh diorg gelak2 kat aku..

Yang paling teruk ibu jari sebelah kanan....Inilah 1st time aku tgk darah kluar membuak2...waktu tu tengah hari darah tengah mencair...hampir pitam aku coz darah tak henti2 kluar...mak & adik aku la yg tolong sapukan ubat semasa anak dia ni muka dah pucat ala2 nak pitam tu..sakit tuuuuuu...P klinik doktor pn cuci luka, gunting kulit2 yg terbiar & yg pastinya kene jgk inject sbb doktor cakap luka camni jika dibiar lebih 24jam boleh membawa kpd jangkitan kuman..Nasib baik xlebey 24jam lg...Syukur Alhamdulillah.


Kisah ke 6 tahun 16 Dis 2010 ..ini kisah terakhir la buat masa ni harap2 xde la kejadian ni lepas ni. Kejadian ni terjadi bila aku turun je dari katil & terpijak botol terus jatuh....merintih aku sakit...terus mintak tolong adik beradik yg ada kat ruang tamu..yg paling geramnya adik aku tanye ..jatuh ke? bila aku jawab jatuh terus dia p n siap tanya lagi nangis ke apa tuh sambil sengih2 Sabor je la adik aku ni.....masa tu aku tak nangis tapi mengerang sakit....dahlah plan ngn kawan nak p kenduri cukur rambut bb dia...terpaksa cancel plan..ye la takkan nk p dlm keadaan sakitkan..tak pasal2 org yg p majlis kene usung aku plak hantar p spital...Gambar kat atas tu lah kaki aku dibalut ekoran buku lali sebelah kanan bengkak...Aku bersyukur bila X-ray dilakukan tiada berlaku keretakan..Doktor tak bagi tanggalkn balutan tu..tapi kalau nk p toilet nk ambik air sembahyang camner? takkan tak sembahyang kan...akhirnya aku pun tanggalkan je bila dh settle seme tu barulah aku pakai balik...                


Kisah terakhir, nak tahu lagi ke?..isshhh dah xde dah.Cukup2 xmau dah seksa tau....cuma aku pasti teringat kata2 adik aku...bila dia dengar something jatuh dia akan tanya "jatuh pulak ke" macam perli je kan..apa2 jelah..Doktor mintak aku rujuk kpd pakar tp aku masih x buat demikian bila tengok keadaan kaki aku makin ok xde terhencot2 dah maklumlah nk bergerak pn banyak guna kaki kan . Cuma rasa sakit tiba2 tu adalah.harap2 semenya berakhir dengan baik..

moral of the story kene hati2 jgn jadi seperti ini...