Our Story (7) Thailand (4) General (3) Aircond kancil (2) petua (2) tutorial blog (2) Air Laici (1) Ais Batu Cendol (1) Alergik kacang (1) Artis (1) Berhati2 dijalan raya (1) Bio Cleanz Multi Purpose Spray (1) Car perfume (1) Dinner 2011 (1) Expired (1) Gula kapas (1) Hello Kitty Road Tax Stickers (1) Hukum Pakai Placenta biri2 (1) Jeruk Kelubi (1) Kenangan (1) Kerja (1) Keyboard skin (1) Krisis Minyak Masak (1) Langkawi (1) Mandi manda di pantai (1) OKU (1) Octard Cover Foundation (1) Perangkap lalat (1) Pisang kaki (1) Purifying Cleansing Gel SHAKLEE (1) Resepi donut (1) Resepi mee sup (1) Semerbak (1) Sendayu Tinggi (1) Spek (1) Sumai Suite Hotel (1) Vacuum mini USB (1) air (1) asam boi (1) avalon japanese fish collagen (1) bawang putih (1) belajar sulam (1) bertani (1) bika ambon (1) brownies bakar (1) buah stor (1) calar (1) cantik ciptaan NYA (1) cooler pad (1) cucuk tanam (1) didik (1) fridge magnet (1) give away (1) halia (1) handbag hook (1) hasil seni mengait (1) hi goat (1) jalan raya (1) kaca mata (1) kalsium (1) kerbau (1) key chain (1) kolar baju (1) kolestrol (1) kuih pu kapur (1) kuih sagu (1) larangan merokok (1) luar rumah (1) magic blender (1) makan angin (1) mesin sulam brother (1) norefal (1) outdoor filter (1) penapis air (1) pendant swarovski (1) punch aid (1) punch maker (1) rambutan (1) resepi (1) rojak buah (1) rojak ikan (1) rojak timun (1) sambal terung (1) sampah (1) sarung lengan (1) scrabble (1) self cover button maker (1) shaklee (1) stongan (1) sulaman (1) tanam (1) tapis (1) tapisan (1) tilam kekabu (1) tips (1) ubat batuk alternatif (1) udang galah (1) umpan anai2 (1) water (1)

Saturday, December 31, 2011

Cermin Mata Ala2 Tinted

Last 2 Week p teman kan adik utk wat spek..aku pun join skali cek mata..ermm power sudah meningkat ..Berkenan plak ambik package photo grey ala2 tinted gitu...
Last week secara rasmi p la nk tukar cermin mata..cek mata rupanya power yg dikatakan naik tu sbnryer xnaik pun  sbb ms tahun 2009 aku pernah cek so power 2009 tulah yg aku pakai skrg.rupanya diorg rekod....patutlah asyik sakit kepala esp time kuar ms t/hari..huhuhu


Photo ni br je ambik ms program dinner..spek ni sbrnyer complete set anti silau segala cuma bukan photo grey je..sbb dicadangkan ade UV protection sbb tu tukar kpd photo grey..

So final desicion tukar cermin je..xnk tukar frame sbb skrg ni frame jenis makin lebar..kan x psl2 pakai tudung kembang semangkuk plak..dh lah muka tu dh kembang bulat hahaha


Macam spek baru je kan...tukar cermin je..jenis bila kene cahaya cermin tu akan gelap sikit..itu je...




Thursday, December 29, 2011

Dinner 2011

Hari2 makan malam..tapi yang ni makan malam yang dianjurkan oleh TATIUC di mana group kami menjadi AJK besar dalam mengendalikan majlis ni pada tahun ini. Biasanya group kami diberi part  task of the majlis ni yakni hadiah..tp kali ni semua...leloh..leloh..

26 Disember 2011 adalah tarikh berlangsungnya Majlis berkenaan

 tgh siap2kan door gift

Siapkan keratan lucky draw
 

Ini hadiah2nya

Makan petang bersama mereka yang terlibat

Tema warna MERAH, ITAM, PUTIH 

AJK2 

Makanan: menu Muhibbah 

Suami isteri dpt antara hadiah grand

Ni pun  .. 


Gembira tengok mereka hepi dpt hadiah2.TAHNIAH.ada lagi gambar yg belum di upload..sbb byk2 sgt..
apa2pun bg yg menguruskan pun berharap moga2 apa yang terkurang mohon maaf..adakalanya ada perkara di luar kawalan & tidak dijangka..


Friday, December 23, 2011

Outstesen

Tak pasal2 kene p Kole Ganu utk handle door gift MOU ant PETMAL-TATiUC-UNiMap ...

Sebelum sampai ke Sumai..berhenti makan di kedai tomyam di Merchang..makan nasi goreng kampung best jugak...



Check in di Sumai 20 Disember 2011 pukul 7pm

Pandangan dari balkoni


Sini tmpt keje kami..sblm bermulanya MOU secara rasmi..siap2kan apa yg patut..di Wisma Darul Iman

 Click to view full size image
Malamnya makan satay di belakang Astaka..besttt
  Rehearsal watak2 penting
 Kakitangan yang terlibat
susunan door gift kepada VIP

  Cantik kafetaria Wisma..alangkah bestnyer kalau di TATIUC juga mcm ni


 Semasa majlis berlangsung kami hanya berjaga di kaunter pendaftaran ...
bergerak balik setelah selesai MOU ..21 Disember 2011..




Wednesday, December 14, 2011

Kenapa Pengasas Sendayu Tinggi Berpurdah


Kita pernah dengar & nampak dalam paper / tv.. Pn.Rozita telah memakai purdah..rupanya ada cerita di sebaliknya..moga2 menjadi iktibar kepada kita..apapun yang baik dijadikan tauladan & yang jahat dijadikan sempadan

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.
Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.
Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen
Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.
Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.
Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.


Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.
Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.
Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.
Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

Friday, December 2, 2011

Backwash air

Baru teringat lebih 3minggu tak x backwash air...memandangkan hari ini adalah hari minggu apa lagi buat ajelah..maklumlah aktiviti membasuh peralatan kucing dah siap(sini citernyer)..apa lagi next action..


perlu tutup dulu
untuk stopkan meter air

Pusing kpd backwash

Tengok air ni keruh karat yang amat2...lebih 3 minggu punyer pasal x wat backwash

makin lama semakin jernih

haaaa dah jernih putih..

Pusingkan kepada Fastrinse seketika sebelum pusing ke Filter

air semakin putih

Pusing kepada Filter

dan pusingkan balik mende alah ni juga kalau x , xde air lah nk guna hehehe



K lah nak nk guna air utk diri sndiri plak..pakaian ade lg yg x berbasuh