Wednesday, May 23, 2012

Sunday, May 13, 2012

Cooler pad

Nak cari cooler pad barulah senang sikit....

ni kotak je hehehe

taraaa ini dia isi belah dalam

 Yang lama ni wat travel senang...

nota:murah je rembat satu hehehe

Monday, May 7, 2012

Hukum pemakaian placenta biri-biri


Okay seperti yang dijanjikan..berdasarkan pencarian thru google ..telah ada pihak yang bertanyakan kepada JAKIM berkenaan hal ini...

HUKUM PEMAKAIAN PLACENTA BIRI-BIRI


JAWAPAN JAKIM:

Assalamualaikum, persoalan ini sebenarnya persoalan yang mudah. Pertamanya kita perlu mengetahui Qawaid Fiqhiyyah tentang kaedah mengistinbat hukum. Menurut Qawaid Fiqhiyyah: "Segala hal mu'amalah (urusan harian) hukum asalnya adalah mubah melainkan ada dalil yang mengharamkannya" .Qawaid Fiqhiyyah ini diterbitkan dari hadith Rasulullah berbunyi berikut: Rasulullah saw. bersabda: Segala yang tidak ditegah (dalil jelas) itu tergolong dalam hal-hal yang dibolehkan-Nya. (Shahih al-Jami ash-Shaghir, hadits no. 3190) Namun agak kecewa kerana Qawaid Fiqhiyyah yang difahami oleh orang awam ialah semua benda haram kecuali ada dalil membolehkannya. Adakah boleh kita memakan karipap kerana tiada dalil menghalalkannya? 

Oleh kerana plasenta biri-biri tidak terdapat dalil yang mengharamkannya UNTUK DIPAKAI DI BADAN (BUKAN MEMAKANNYA BAGI YANG TIDAK DISEMBELIH), maka ia kekal kepada hukum asalnya iaitu harus/mubah. Sebenarnya tidak timbul masalah haiwan itu disembelih atau tidak kerana jika dari bangkai pun kita boleh memanfaatkan tulang atau lemaknya (tidak dimakan). 

Dalilnya seperti berikut: Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan, bahwa salah seorang hamba Maimunah yang telah dimerdekakan (maulah) pernah diberi hadiah seekor kambing, kemudian kambing itu mati dan secara kebetulan Rasulullah berjalan melihat bangkai kambing tersebut, maka bersabdalah beliau: "Mengapa tidak kamu ambil kulitnya, kemudian kamu samak dan memanfaatkan?" Para sahabat menjawab: "Itu kan bangkai!" Maka jawab Rasulullah: "Yang diharamkan itu HANYALAH MEMAKANNYA." (Riwayat Jama'ah, kecuali Ibnu Majah) Dan diriwayatkan pula, bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kulit apa saja kalau sudah disamak, maka sungguh menjadi suci/bersih." (Riwayat Muslim) 

Kulit yang disebut dalam hadis-hadis ini adalah umum, meliputi kulit anjing dan kulit babi. Yang berpendapat demikian ialah madzhab Dhahiri, Abu Yusuf dan diperkuat oleh Imam Syaukani. Kata Saudah Umul Mu'minin: "Kami mempunyai kambing, kemudian kambing itu mati, lantas kami samak kulitnya dan kami pakai untuk menyimpan korma supaya menjadi manis, dan akhirnya kami jadikan suatu girbah (suatu tempat yang terbuat dari kulit binatang yang biasa dipakai oleh orang Arab zaman dahulu untuk mengambil air dan sebagainya)." (Riwayat Bukhari).

Kesimpulannya, tiada masalah menggunakan plasenta biri-biri selagimana biri-biri tersebut diuruskan menurut Islam. 


Sumber di ambil drp Darleena Beauty Shop