Our Story (7) Thailand (4) General (3) Aircond kancil (2) petua (2) tutorial blog (2) Air Laici (1) Ais Batu Cendol (1) Alergik kacang (1) Artis (1) Berhati2 dijalan raya (1) Bio Cleanz Multi Purpose Spray (1) Car perfume (1) Dinner 2011 (1) Expired (1) Gula kapas (1) Hello Kitty Road Tax Stickers (1) Hukum Pakai Placenta biri2 (1) Jeruk Kelubi (1) Kenangan (1) Kerja (1) Keyboard skin (1) Krisis Minyak Masak (1) Langkawi (1) Mandi manda di pantai (1) OKU (1) Octard Cover Foundation (1) Perangkap lalat (1) Pisang kaki (1) Purifying Cleansing Gel SHAKLEE (1) Resepi donut (1) Resepi mee sup (1) Semerbak (1) Sendayu Tinggi (1) Spek (1) Sumai Suite Hotel (1) Vacuum mini USB (1) air (1) asam boi (1) avalon japanese fish collagen (1) bawang putih (1) belajar sulam (1) bertani (1) bika ambon (1) brownies bakar (1) buah stor (1) calar (1) cantik ciptaan NYA (1) cooler pad (1) cucuk tanam (1) didik (1) fridge magnet (1) give away (1) halia (1) handbag hook (1) hasil seni mengait (1) hi goat (1) jalan raya (1) kaca mata (1) kalsium (1) kerbau (1) key chain (1) kolar baju (1) kolestrol (1) kuih pu kapur (1) kuih sagu (1) larangan merokok (1) luar rumah (1) magic blender (1) makan angin (1) mesin sulam brother (1) norefal (1) outdoor filter (1) penapis air (1) pendant swarovski (1) punch aid (1) punch maker (1) rambutan (1) resepi (1) rojak buah (1) rojak ikan (1) rojak timun (1) sambal terung (1) sampah (1) sarung lengan (1) scrabble (1) self cover button maker (1) shaklee (1) stongan (1) sulaman (1) tanam (1) tapis (1) tapisan (1) tilam kekabu (1) tips (1) ubat batuk alternatif (1) udang galah (1) umpan anai2 (1) water (1)

Saturday, December 21, 2013

Bio Cleanz Multi Purpose Spray


Sangat efektif untuk perkara2 seperti berikut :
1. Bersihkan tingkap & perabot kayu
2. Bersihkan serta segarkan haiwan peliharaan
3. Bersihkan serta harumkn kawasan dalam pejabat, rumah, bilik mandi serta basmi bau busuk  
4. Bersihkan peralatan rumah yang sensitif seperti ketuhar
5. Menghalang pertumbuhan kulat yang menyebabkan bau hapak
6. Menyegarkan baju & fabrik
7. Membersihkan peralatan emas & jam tangan






Saya amat sukakan baunya..sebab segar sangat..kalau yang bela kucing or pets dalam rumah mmg ok sangat2...

saya gunakan untuk spray sofa, langsir, tilam, rumah kucing dan peralatan kucing...

Monday, September 16, 2013

Magic blender


beli magic blender hasil promosi dengan dealmates..harap2 ianya berbaloi



Wednesday, September 11, 2013

Air asam boi

Memang best air ni....cuba la...limau kasturi dan asam ..slurrrpppp


Wednesday, September 4, 2013

Kalsium untuk anda

selain daripada makan ostematrix Shaklee...try la minum susu kambig dari hi goat...dulu mul2 diberi minum memang sakit kepala..sekarang ni x lagi..demi kesihatan kene minum la...



Friday, August 30, 2013

Musim buah-buahan tempatan

ini arwah ayah yang tanam....sekian lama inilah hasil yang dikeluarkan...Alhamdulillah..

penggemar rambutan kata ini jenis kerak nyiur...........



Friday, August 16, 2013

Alergik Kacang

Teringat dulu muka2 ditumbuhi jerawat gara2 suka memicit dan tinggallah parut yg menghodohkan lagi wajah..Kalau diputarkan masa xnak la picit2 ni..tapi jari jemari x bley duduk saja2 hehehe...

Asalnya naik bintik2 hitam dipicit2 dgn kuku makin parah ..maka muka mula dinaiki jerawat..pakai set pembersih muka makin teruk smpi bernanah2..bermacam2 set pencuci muka dipakai ..mmg mimpi ngeri la ..

Pasal makanan plak asal makan seafood alergik ..gatal habis pipi dan telinga..makan kacang plak naik jerawat..Akhirnya ambik keputusan untuk berpantang..Walau terliur mana pun ku tahan je..bayangkanla sambal belacan pun kene pantang huhuhuhu..
sumber google

Bertahun2 berpantang dari belajar sampi la bekerja..makan satay tanpa kuah kacang, makan rojak ayam pn x mkn kuah,nasi himpit hanya sambal, kacang cap tangan ke cap kaki ke seme xleh makan. Kiranya semua bhn yang ada kacang mmg avoid awal2.

Sekarang dah x risau lagi ..bermula menggunakan produk Zai's Beauty Formula(mahal, x mmpu nk bertahan huhuhu), Supplement untuk diminum Vemma sehinggalah ke hari ini saya maintain kepada Shaklee. Daripada supplement sampailah kepada skin care.  Saya bersyukur Alhamdulillah, walaupun mengambil masa yang lama untuk baik..saya mmg dah serik... Untuk keterangan lanjut boleh baca di sini Shaklee .

Nota: Sharing is Caring

Monday, July 29, 2013

Rumah diserang anai2



Rumah saya sering diserang anai2..asal ada barang yg bertempek lama atas lantai, almari rapat dgn dinding siap la memang kene la nanti. Baru2 ni teruk anai2 kerjakan barang2 dalam bilik..setelah beli umpan anai2 sekarang dah xde masalah..Dah berapa bulan tgk dah xde dah..syukur Alhamdulillah..


Umpan anai2 ni memang sgt2 berkesan..

Kalau berminat boleh pergi ke sini http://anai-anai.atabox.com/

Friday, July 12, 2013

Langkawi

Inilah kali pertama aku jejakkan kaki ke Langkawi...dulu nk pergi x terpergi2 ada saja halangan..kali ni tetiba nama terselect utk p kursus ke sana..apa lagi layan je la..

perjalanan memakan masa hampir 16 belas jam..memang kebas la..
4Julai  2013- 8 Julai 2013
tunggu bas 10.45 pm tapi bas sampai di area saya menunggu pukul 12.05 midnight...ni bghn tunggu dah lenguh..belum bhgn naik bas ..hahaha..sebenarnya berdebar takut mabuk..

Naik feri dari Kuala Perlis dalam pkl 2.30pm..

sampai di Jeti langkawi dlm pkl 3.45pm..
menginap di MyHotel

Gambar2 kursus xde.....yang pi shopping sket2 ni pun xsemua gambar saya snap..sbb bateri hp mudah kong..huhuhu

jom kita layan la gambar2 ni semua

ni hasil pemerhatian kat kedai


nougat antara yang paling laris..

ni plak mencari barang yang dikirim...jam tangan



dan purse kulit...memang murah sampai less 50%






ni hasil rembatan

coklat
 towel n kain batik for my mum...tabung kuih n sudu for household n kacang cerdik

perfume..ala beli yg kecik udah la..yg besar kat umah x abis2 lagi
 fridge magnet

sambil berjalan2 singgah la juga tempat2 lain..yang ni berhampiran dengan pasaraya billion

 yang ni berhampiran dengan jeti





 asam antara wajib ada hehehe


 yang paling wajib ubat tahan mabuk ...dimenate namanya... 

p kursus baju dah banyak so beg pun mmg dh berat jadi apa yg dibeli tu kira berpadananla nak bawak balik..



Monday, June 3, 2013

Form a word

permainan ala2 scrabble ..menguji minda ..jom main


Wednesday, May 29, 2013

Donut




Bahan-bahan (lebih kurang 7 biji)

1 cawan (250ml) tepung gandum
1 sudu teh marjerin
1 sudu susu tepung+gula (atau guna susu pekat manis)
1 sudu teh yis
1/4 cawan air suam2 kuku
Secubit garam
Gula

Cara membuatnya

Letakkan yis dalam air suam, kacau dan biarkan pastikan tiada ketul2 sebelum dicampur dgn adunan nanti
Gaulkan tepung gandum, marjerin.susu tepung dan garam hingga sebati
Masukkan yis yang telah dicampur dgn air suam dan ulikan adunan berkenaan
Biarkan adunan dalam setengah jam, adunan akan berkembang.
selepas itu ulikan adunan dengan peralatan utk membuat donut 
biarkan selamat beberapa minit
lepas itu panaskan minyak pada tahap sederhana 
goreng donut tidak terlalu lama selesai angkat drp kuali taburkan gula di atasnya atau kalau nak lebih menarik boleh letak coklat dan manik2 atau cips yg berwarna-warni




 adunan yang dah siap diuli
 penggelek 
 acuan donut
 ala macam buat kuih raya gak ni
 pastu tekap..dah siap tekap semuanya boleh la di goreng


taraaaa dah siap blh di makan panas2



Thursday, May 23, 2013

toilet signage

hehehe saje je nak share..ari tu p klinik hantar mak..memandangkan mak kene urine test pergilah duk cari toilet..tercari2 jugak mana label toilet sekali bila HA tunjuk ni lah tandasnya 

hahahaha


mek for female dan  awang for male

Saturday, May 11, 2013

Jom bercucuk tanam

kalau ada rak yang dh x berguna dlm umah..jgnlah dibuang..ada lagi kegunaannya spt buat mini garden ..
selesai semai benih
dah mula bercambah
yang ni pun sama


ni time baru je semai benih      
dah bercambah

x sabar nk tunggu ni semua membuahkan hasil

guna bekas semaian



pokok tomato..(diy sendiri botol )


benih betik belum tunjukkan tanda2 bercambah


                                                 

Saturday, April 13, 2013

Sambal Terung



 2 biji terung panjang 
*4biji cili besar
*3 biji cili api
*sedikit cili boh
Segengam udang kering (direndam terlebih dahulu untuk lembutkan)
sedikit ikan bilis  (direndam terlebih dahulu untuk lembutkan)
garam /gula secukup rasa

cara-caranya

kupas kulit terung dan dipotong kecil2 lepas gorengkan terlebih dahulu

bahan2 yg bertanda * perlu dikisar/diblend

panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak..selepas itu tumiskan bahan2 yg dikisarkan dan ikan bilis.. selepas naik minyak taburkan sedikit garam/gula ..selepas itu campurkan terung dan masak sehingga terung berkenaan lembut  dan kuah menjadi pekat ...









Wednesday, March 13, 2013

Avalon Japanese Fish Collagen

Sekarang ni macam2 produk berasaskan kolagen dan perisa


hari ni nak share avalon japanese fish kolagen...sgt bagus jika ada rekahan di kaki dan jerawat ..InsyaAllah mampu dipulihkan

Friday, February 22, 2013

Minum air ada waktunya



hari ini adalah petua untuk kesihatan..


minum air pada waktu yang betul memberi kesan pada tubuh badan manusia.


2 gelas air setelah bangun tidur membantu menggiatkan organ dalaman

1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman

1 gelas air sebelum mandi membantu menurunkan tekanan darah

1 gelas air sebelum tidur mengelak daripada serangan angin ahmar dan serangan jantung

Sunday, February 10, 2013

Melicinkan kulit muka

sumber google



Sebiji tomato dilecek sehingga halus/lumat. Kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan selama 30min. Selepas itu bilaskan muka dengan air bersih. Boleh amalkan 3 kali seminggu.

Selamat mencuba... :)

Sunday, January 27, 2013

Penawar Resdung



Bermula hari ini, saya ingin berkongsi pelbagai petua orang2 lama .hari ini kita pelajari penawar bagi resdung



Petua yang paling mudah dan berkesan. Boleh dilakukan pada setiap kali kita membersihkan diri/mandi.

Caranya


Menyedut air ke dalam hidung (seperti kita ber wuduk) Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan. Buatlah 3 kali setiap kali mandi , Insyaallah kesannya pasti positif


selamat mencuba... :)

Thursday, January 10, 2013

Purifying Cleansing Gel SHAKLEE

hehehe lagi2 shaklee ek...

bukan apa dah bermacam2 jenis try..byk yang tak sesuai daripada sesuai..sebelum ni guna jenama Oslee ok je..cuma nak bg biar ok lagi kulit muka ni so memandangkan kulit muka jenis berminyak  so saya dicadangkan menggunakan enfuselle Purifying Cleansing Gel ...


cara penggunaan guna sedikit sahaja dan dikatakan mampu bertahan hingga lebih 6 bulan 


moga2 kulit ok je bila guna yang ni