Wednesday, May 29, 2013

Donut




Bahan-bahan (lebih kurang 7 biji)

1 cawan (250ml) tepung gandum
1 sudu teh marjerin
1 sudu susu tepung+gula (atau guna susu pekat manis)
1 sudu teh yis
1/4 cawan air suam2 kuku
Secubit garam
Gula

Cara membuatnya

Letakkan yis dalam air suam, kacau dan biarkan pastikan tiada ketul2 sebelum dicampur dgn adunan nanti
Gaulkan tepung gandum, marjerin.susu tepung dan garam hingga sebati
Masukkan yis yang telah dicampur dgn air suam dan ulikan adunan berkenaan
Biarkan adunan dalam setengah jam, adunan akan berkembang.
selepas itu ulikan adunan dengan peralatan utk membuat donut 
biarkan selamat beberapa minit
lepas itu panaskan minyak pada tahap sederhana 
goreng donut tidak terlalu lama selesai angkat drp kuali taburkan gula di atasnya atau kalau nak lebih menarik boleh letak coklat dan manik2 atau cips yg berwarna-warni




 adunan yang dah siap diuli
 penggelek 
 acuan donut
 ala macam buat kuih raya gak ni
 pastu tekap..dah siap tekap semuanya boleh la di goreng


taraaaa dah siap blh di makan panas2



0 comments:

Post a Comment

komen sikit